I Tawarikh 8

1Benyamin memperanakkan Bela, anak sulungnya, Asybel, anak yang kedua, Ahrah, anak yang ketiga, 2Noha, anak yang keempat dan Rafa, anak yang kelima. 3Anak-anak Bela ialah Adar, Gera, Abihud, 4Abisua, Naaman, Ahoah, 5Gera, Sefufan dan Huram. 6Inilah anak-anak Ehud; mereka ini adalah kepala-kepala puak penduduk Geba yang diangkut ke dalam pembuangan ke Manahat; 7Naaman, Ahia dan Gera mengangkut mereka ke dalam pembuangan; dia memperanakkan Uza dan Ahihud. 8Saharaim mendapat anak di daerah Moab, sesudah diusirnya Husim dan Baara, isteri-isterinya. 9Ia mendapat anak dari Hodesh, isterinya, yakni Yobab, Zibya, Mesa, Malkam, 10Yeus, Sokhya dan Mirma; itulah anak-anaknya, kepala-kepala puak; 11sebelum itu dari Husim ia telah mendapat anak, yakni Abitub dan Elpaal. 12Anak-anak Elpaal ialah Eber, Misam dan Semed; dia ini mendirikan kota Ono dan kota Lod dengan segala anak kotanya. 13Beria dan Sema adalah kepala-kepala puak penduduk Ayalon; mereka telah menghalau penduduk Gat. 14Ahyo, Sasak, Yeremot, 15Zebaja, Arad, Eder, 16Mikhael, Yispa dan Yoha ialah anak-anak Beria. 17Zebaja, Mesulam, Hizki, Heber, 18Yismerai, Yizlia dan Yobab ialah anak-anak Elpaal. 19Yakim, Zikhri, Zabdi, 20Elyo"enai, Ziletai, Eliel, 21Adaya, Beraya dan Simrat ialah anak-anak Simei. 22Yispan, Eber, Eliel, 23Abdon, Zikhri, Hanan, 24Hananya, Elam, Antotia, 25Yifdeya dan Pnuel ialah anak-anak Sasak. 26Samserai, Seharya, Atalya, 27Yaaresya, Elia dan Zikhri ialah anak-anak Yeroham. 28Itulah para kepala puak, para kepala menurut keturunan mereka; mereka ini diam di Yerusalem. 29Tetapi di Gibeon diam bapa Gibeon, yakni Yeiel, dan nama isterinya ialah Maakha. 30Anak sulungnya ialah Abdon, lalu Zur, Kish, Baal, Nadab, 31Gedor, Ahyo, Zekher 32dan Miklot yang memperanakkan Simea. Juga mereka ini pergi diam berdekatan dengan saudara-saudara mereka di Yerusalem bersama-sama saudara mereka yang lain. 33Ner memperanakkan Kish; Kish memperanakkan Saul; Saul memperanakkan Yonatan, Malkisua, Abinadab dan Esybaal. 34Anak Yonatan ialah Meribaal dan Meribaal memperanakkan Mikha. 35Anak Mikha ialah Piton, Melekh, Tarea dan Ahas. 36Ahas memperanakkan Yoada; Yoada memperanakkan Alemet, Azmawet dan Zimri; Zimri memperanakkan Moza. 37Moza memperanakkan Bina; anak orang ini ialah Rafa, dan anak orang ini ialah Elasa, dan anak orang ini ialah Azel. 38Azel mempunyai enam orang anak, dan inilah nama-nama mereka: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja dan Hanan. Itulah sekaliannya anak-anak Azel. 39Anak-anak Esek, saudaranya, ialah Ulam, anak sulungnya, lalu Yeush, anak yang kedua, dan Elifelet, anak yang ketiga. 40Anak-anak Ulam itu adalah orang-orang berani, pahlawan-pahlawan yang gagah perkasa, pemanah-pemanah; anak dan cucu mereka banyak: seratus lima puluh orang. Mereka semuanya itu termasuk bani Benyamin.

will be added

X\